Nuffnang Ads

Thursday, 31 January 2013

SELAMAT HARI WILAYAH ...:)

Assalamualaikum , xd ape nak ckp..hehehe...just nk ucap dkt mereka2 yg stay dkt area wilayah persekutuan Kuala Lumpur ni sume..

SELAMAT HARI WILAYAH 2013

p/s : Sob2...esok den kono koje..T_T..arap2 esok x koje..ehehehehe..;p

Tuesday, 29 January 2013

Belajarlah Bersyukur

Usah lupa pada kesusahan,
boleh jadi kesusahan itu yang membahagiakan kamu,
Usah lupa pada musibah yang menimpamu,
boleh jadi musibah itulah yang merawat penyakit hatimu.
Ramai orang yang inginkan kesenangan di dunia,
tetapi dia terlupa bahawa kesenangan telahpun dia perolehi tanpa memerah keringat.

 Kesenangan memiliki pancaindera yang lengkap,
mempunyai tempat untuk memayunginya daripada terik mentari dan menyelubungi kesejukan di pagi hari.
Ada yang tidak memiliki kereta,
tetapi dia memiliki motorsikal.
Ada yang tidak memilik motorsikal,
tetapi dia memiliki basikal.
Ada yang tidak memiliki basikal,
tetapi dia memilik sepasang kaki untuk berjalan.
Sedangkan sepasang kaki itu lebih berharga daripada
kereta, motosikal dan basikal.
kerana ketiga-tiganya memerlukan kaki untuk menggerakkannya.
Didiklah diri untuk bersyukur!

p/s : Peringatan untuk diri sendiri dan semua kwn2..Ya Allah jauhkanlah hamba mu ini dari segala sifat2 negatif...

My Fav.. :)

Ha..korang2 sume..sihat??hehehhe..gedik hokey soklan aq...lalalalala..
oke nk story lgi..korang suke x minum ice-blended?? aq n adik2 aq mmg kaki ice-blended...kdg2 beli je kt pasa malam,.haritu..aq adela masa terlebih rajin kan..aq buatkanla ice-blended tok 2 orang makhluk tuhan kt uma ni..hehehehe...adik aq si aidil n alia..cbok sgt nk mkn ice-cream...waktu tu pulak..aq tga kering..jadinya..tu la cara aq bejimat..sbb bahan dh ade kt uma kan??hehehhe.. nak tau cara aq buat??cekiadaud jom!!!

Bahan2 :
- 3 sudu MILO
(See??jimat kan??sebab milo je yg ade kt uma tyme tuh..ngeh3)
- ais ketul
- air masak
- gula

Caranya:

- ais ketul disukat dalam  secawan… masukkan dlm blender.


- bancuhkan bahan2 yang lain, bancuh dalam sukatan secawan gak. Kalau nak rasa manis lagi.. tambah le gula secukup rasa…


- Apalagi? Blend le . Nak blend sampai jadi camne terpulang ler..(Janji kome boleh minum..jgn tecekik sudh)...hiu7

- bila dah puas hati isikan lah dalam gelas ke cawan, taburkan cokelat chip ke , kitkat ker,ikut suke citarsa n kreativiti

  apa2 lah yang di rasakan sesuai dan menyedapkan lagi ice blended tu.

Ni ehsan Uncle google yer (Sebb aq snap pon tyme tuh)...tapi aq punye xdla cream2 ni..aq cume ltak coklatrice , n kitkat aq ltak dkt tepi then aq tambah siket chocolate chip...huhuuhu..
korang nk try??sile2 la... :)

Masak-Memasak

Assalamualaikum sume3.. :)

Seronok kan cuti sampai 3 hari??Jumaat ni cuti lagi..hahahha...aq suke3...boleh release tension (xdelah release sangat ;P)
Hari sabtu disebabkan xd keje n sesaje nak menggedik nak try bakat masak memasak ni kan.. (aq xdelah pandai sgt nak masak,seriously adik aq lgi terror masak dari aq,tapi aq rase x slah if aq cube kan??)
Jadinya , dengan perasaan sikit berkobar-kobar , konon2 mcm expert sgt..(hampeh) , aq pon pegi lah membeli barangan untuk barang2 yg aq nak masak (mcm beli banyak sgt kan)...
So untuk menu tengahari kitorng haritu adalah AYAM GORENG KUNYIT (hahahaha,org lain dah expert dah masak sume ni,aq??baru nak try masak,,sila rujuk gambar)....
Alhamdulillah , menjadila jugak..cume lepas ni kene lebihkan kunyit n garam siket sbb adik aq cakap x cukup masin..huhu n paling bersyuko xd sesape pon sakit perot or kes keracunan..hahaha;p

aq xtau orang lain masak mcm mana,betul ke cara aq masak??aq campur dengan kacang panjang..huhuhu..(suke2 aty ubah2 kan)...

BAHAN2 & CARA NAK MASAK -
(korang jgnla ikut style aq masak ni..huhuhu...sakit perot nnti)..

Ayam-ikut berape ramai yg nak makan- orang prefer guna dada ayam n hiris nipis2..
Kacang Panjang @ Buncis pon boleh-potong serong
1/2 sudu kecik kunyit (agak2)
1/2 sudu kecik garam
Bawang Besar-aq suke potong bulat
3 biji cili padi-potong serong
Daun kari-bubuh 2 helai je..xyah bebanyak

* Gaul ayam bersama serbuk kunyit & garam.
* Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan daun kari.
* Goreng hingga wangi dan masukkan ayam, cili padi.
* Goreng sampai  ayam masak dan sedikit garing.
P/S : ni la cara aq masak,betul ke x??uhuhuhuhu

Then utk dinner pulak..aq masak ala2 western gitu..sebab aq n adik aq yg perempuan ni dah lame x makan..so aq buatla..fmly aq x mkn sgt bnde2 ni..heeee
Aq masak Spaghetti Goreng..taraaaa...percaya x??hehehehe

bahan x banyak..sebab bahan kt umah terhad...huhu...

BAHAN & CARA MASAK

Spaghetti ½ paket (jenama ikut suka)
Daging  @ Ayam Cincang (Aq suke jenama RAMLEE)..
3 sudu besar sos spaghetti perasa cendawan jenama Prego
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak: 
  • Rebus spaghetti sehingga kembang.(masuk sikit minyak yer)
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Kemudian masukkan sos spaghetti tadi , kacau rata , biar didih sikit , masukkan sos cili dan ayam cincang,kacau sebentar ,tambah air sikit (Sikit je,jgn lebih,over tau)
  • Selepas itu masukkan  gula, dan garam. Jika sos kering, tambahkan sedikit air lagi. Masak sampai mendidih.
  • Kemudian bolehlah dimasukkan spaghetti.
  • Gaul rata semua bahan sehingga sebati.    
  • p/s ni la cara aq masak....heeeeee
Alhamdulillah jgk la kan..dalam aq x reti masak..jadi la jgk makanan2 ni walopun x sedap...yg penting berani mencuba (ayat nak sedapkan hati,huhu)...

Monday, 28 January 2013

Our Event.. :)

Hai & Good Morning!!

Day 2 at POLITEKNIK MUADZAM SHAH & UITM MELAKA
Do join us there!!!
:)
Spread the love n share @ http://www.facebook.com/CampusYouth
Thank You uolzzz.. :)

Sewa,sewa,sewa (Sewaan Barangan Pelamin)

Assalamualaikum &  Hi B2B semua. 

Nak bagitau ni dkt kawan2 semua , sesiapa yang rasa nak bertunang or kahwin??hehhehehe..dlm masa yang sama nak jimat kos??siapa2??angkat tangan!!! (macam nampak).. ulalalalalaa
Dengan ini saya mengistiharkan Sewaan barang-barang ini di buka sekarang.
Sewaan : Bantal Duduk Pelamin , Kain Bulu ( Karpet untuk Pelamin) , Baju/Jubah/Veil (Sesuai untuk dipakai semasa hari pertunangan atau perkahwinan) , Bunga Tangan(HB)
Harga : RM 160.00
Bantal Duduk Pelamin : RM10.00
Bunga Tangan : RM 25.00
Carpet Putih Bulu-Bulu -RM 25.00
Baju/Veil/Jubah -RM 100.00
* Harap maklum , penyewaan hanya di sekitar KUALA LUMPUR sahaja
*Harga baju sedikit mahal sebab kainya made in Indonesia..sorry ya..

Sila rujuk gambar ya,untuk tau lebih lanjut boleh email ke anisshafeera90@gmail.com..tqtqtqtq...
Baju warna grey...baju belah dalam adalah jubah , ada 2 jenis untuk baju belah dalam ni , satu jubah straight , satu lagi jubah kain duyung..so uols boleh pileh,harga sama , ni plus dengan veil jugak..gambar veil nanti saya akan upload..tqtqtqtqt..bunga tangan warna colourful , carpet bulu-bulu warna putih , dan bantal duduk pelamin warna grey jugak...sesiapa berminat boleh pm2 yer

 Untuk sebarang maklumat , boleh email pada saya - anisshafeera90@gmail.com , saya akan explain detail dkt korang semua..tqtqtqtqtqtq , insyaallah , harga sangat murah ya untuk disewa.


Thursday, 24 January 2013

Jom amalkan bersama.. :)


p/s : Salah satu dari cabaran yang hebat ialah kamu mampu ketawa dalam keadaan mata hatimu berkaca duka