Nuffnang Ads

Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum kesayangan2 semua...dah ada yang bercuti ke?dah sampai kg?dah mule bakar lemang?dah mula buat ketupat??baju dah gosok??nanti rebut2 masa kat kg...kuikuikuikui ...
Insyaallah...dalam masa 2 hari je lagi , kita akan menyambut Syawal yang indah lagi mulia insyaallah bersama keluarga , sanak saudara , rakan2....kan??mesti semua tgh excited kan...walaupun sambutan secara sederhana...tapi tetap meriah dengan adanya keluarga bersama kita...kankankan???
ok...disebabkan sekarang je waktu yang ahkak jemah ada , kejap2 lagi takut dah x sempat....last day kerja kan hari ni sebelum bercuti panjang next week..takot nanti bile di kg dah x boleh hupdte blog...hihiihihi...sibukkk kenzzz layan sanak saudara...gittewww...

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Dengan ini....ahkak jemah bersama keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin kepada semua...
kami sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari sekiranya selama ini ada salah silap , kasar bahasa atau sebagainya kepada anda semua...dan juga sekiranya sepanjang saya berblogging saya ada menyakiti hati sesiapa secara tidak sengaja...kami memohon sejuta kemaafan dari anda semua...Insyaallah tiada dendam dalam hati kami..kita sama2 umat islam dan sama2 saling memaafi...
jaga diri dan kesihatan semasa musim perayaan ini...berhati2 di jalan raya , luangkan masa sebaiknya bersama keluarga..jaga tingkah laku dan sebagainya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA!!


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Di Aidil Fitri Mulia,

Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Ikhlas dari kami sekeluarga...

p/s : dalam kita bersama keluarga...jangan kite lupa untuk mendoakan kesejahteraan/keamanan di GAZA , mendoakan untuk MH17 , semoga mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..juga MH370 , agar mangsa2 dapat diketemukan kembali...sama2 kita doakan dan sedekahkan al-fatihah buat semua...AL-FATIHAH..amin 
 
 
   

1 comment:

  1. Khai Rien :

    SAMA LA KITA , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. AMPUN DAN MAAF DIPINTASEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG PERKENALAN DAN PERSAHABATAN KITA ...JAGA KESIHATAN BAIK2 YER RAYA NI & BERHATI2 DI JALAN RAYA...ADE REZEKI KITA BOLEH BERJUMPA RAYA NI.. :)..
    JEMPUT DATANG RUMAH YER :)

    ReplyDelete