Nuffnang Ads

Wednesday, 23 September 2015

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum semua...wah..minggu yang sangat2 pack & bz...harap2 semua dalam keadaan baik dan sihaT ...dalam keadaan cuaca yg x berapa menentu ni..kena2 rajin jaga kesihatan....minum banyak air masak tau...
sempena aidiladha yang indah ni...ahkak jemah mcm nk kongsi, ulang semua kisah ni...sebab ahkak jemah suke kisah ni..sentiasa menjadi pedoman ahkak jemah rasa...
jadi jom kita sama2 baca & ingati yerrr, :)


Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim terlalu inginkan seorang anak setelah beberapa tahun berkahwin. Setelah sekian lama menunggu akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata melalui Siti Hajar. Namun kegembiraan tu tidak lama kerana beliau diperintahkan untuk mengorbankan satu-satunya anak yang paling disayanginya itu. Cubalah kita bayangkanlah betapa besar dan kuatnya iman Nabi Ibrahim ketika syariat Allah tu tiba.
Sebenarnya bukan lembu atau kambing itu yang dipandang Allah dalam ibadah korban. Itu hanya simbolik mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut. Malah zaman sekarang sudah ramai yang mampu korbankan beberapa ekor lembu dengan harta yang dimiliki. Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati kesan ibadah tersebut. Betul-betul berasa telah mengorbankan sesuatu untuk agama kita.
Dalam kita mencari rezeki dalam dunia ni, seringkali kita lupa saat kematian kita. Bermacam-macam dosa telah kita lakukan. Tapi Allah tetap beri kita umur yang panjang, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sebagainya. Justeru, cubalah kita berusaha berkorban walau sedikit untuk dekatkan diri kepada Allah. Jauhi perkara yang dilarang dan patuhi apa yang disyariatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada semua umat manusia. Wallahua’lam
Nota kaki : Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut “Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.
terima kasih kepada http://www.faisalrahim.com/blog/2009/11/salam-aidiladha-semua/ kerana rajin berkongsi kisah2 sebegini..sangat2 bagus sebab kite semua boleh jadikan pedoman...juga memahami erti aidiladha/pengorbana yang sebenar... :)
Salam Aidiladha buat semua.. :)


p/s : adik ahkak jemah telah dimasukkan ke hospital & masih lagi dirawat sebab denggi....tlg doakan dia cepat sembuh ye syg2 semua....tqvm..bye...

1 comment: