Nuffnang Ads

Sunday, 14 December 2014

KENANGANKU

Assalamualaikum...
Mohon maaf lama ahkak jemah x bersiaran kat blog kesayangan ni...ade peristiwa sikit yang berlaku... dan ahkak jemah perlu menyendiri seketika...


Isteri: Abg baby tendang2..cuba abg pegang...
Suami: haa.. dia dah x sbar nk kuar jumpa Abi tue...(sambil tersenuym lebar)..
Isteri: Tp... sy takotlah...nie kelahiran pertama sy... mcmana lah agaknya sakitnya bersalin ea..sy ad dengar sakit yang paling menyakitkan adalah sakit bersalin dan sakit gigi..

Suami: Sayang.. jgn takot... itu salah satu syahid.. makin bertambah umat nabi.. smakin ramai keturunan kita..sayang da berjuang untuk agama kita.....
Isteri: tp abg... (dengan mata berair)..
Suami: tp...jgn risau..abg janji akn disisi syg saat kelahiran nanti... jd sayang bukan berjuang berseorangan..abg akan turut sama2..bg semangat dan doakan kejayaan isteri abang...abg janji.. (sambil mengesat air mata si isteri)...
Isteri: baik!!! sy kene jd ummi yang kuat!! sbb abi akn sentiasa temankan ummi...

Sepatutnya begitu jadinya...begini kisahnya...rasanya ramai yang xtahu..sebenarnya ahkak jemah dah preggy almost 5 bulan dh..tapiii sayang...tuhan lebih sayangkan kekasih hati ahkak jemah... pada 12 Nov 2014 (Rabu malam)...ahkak jemah merasakan ada cairan yang keluar..ttpi masih tidak mengetahui air apekah itu dan masih melakukan aktiviti harian di rumah  tanpa ada rasa gusar & sakit pon...hinggalah cairan itu makin banyak yang turun & ahkak jemah adukan kepada bonda..bonda terkejut & minta ahkak jemah ke hospital..disebabkan husband xde malam tu sebab kerja..maka bonda amik keputusan untuk hantar ahkak jemah ke hospital malam tu jugak...walhal ahkak jemah kata padanya..x perlu mak..esok(khamis) ahkak jemah ada pregnancy checkup..jadi ahkak jemah nak tggu keesokkan harinya..tapi bonda berkeras ingin hantar..jadi ahkak jemah akur... pada malam itu juge ahkak jemah ditahan wad...tiada apa yg dilakukan doktor hingga lah keesokkan harinya... semasa pemeriksaan dijalankan...rupenye air ketuban ahkak jemah dah bocor & dah tinggal sedikit untuk tampung baby..allahurabbi..waktu tu rasa terkejut hanya allah yang tahu...doktor juge terkejut kerana ahkak jemah tiada rasa sakit..tetapi pada hari itu...bunyi jantung baby masih dapat didengari..oleh itu doktor nasihat untuk ahkak stay di hospital selama beberapa hari untuk tujuan pantauan...sepanjang di hospital..diakui ahkak jemah x putus2 berdoa agar keajaiban berlaku..semoga baby dapat diselamatkan...ahkak akui juge sepanjang di hospital...kerap kali ahkak mengalirkan air mata kerana terkejut dgn perkara sebegini & belum cukup kuat untuk menerima sekiranya kehilangan berlaku.....

Pada 15/11/2014...Sabtu pagi...ahkak jemah bangun seperti biasa untuk ke tandas...sebenarnya pada waktu subuh ahkak jemah dah mula rasa sakit pada perut tapi x memikirkan apa2 kerana menyangkakan hanya sakit perut biasa...apabila ke tandas...alangkah terkejutnya kerana ada darah yang keluar..waktu itu terus  berlari keluar dari tandas tanpa memikirkan rasa sakit perut dan maklumkan pada suami dengan linangan air mata...dan setelah disahkan oleh doktor...doktor mengatakan..Puan..skrng dah x boleh buat apa2...baby dah x mampu nak survive kerana air ketuban dan habis keluar...jadi hanya tunggu masa untuk melahirkan sahaja tetapi baby x boleh survive..
Allhurabbi..sesungguhnya,..waktu itu...tiada apa yang mampu ahkak jemah ucapkan lagi melainkan air mata yang terus menerus mengalir...waktu itu selepas memaklumkan berite sedih kpd keluarga...ahkak jemah terus kesakitan sehingga lah ke petang..tetapi pukul berapa baby dikeluarkan..mintak maaf ahkak jemah x mampu untuk mengingatinya kerana sedang menahan kesakitan di samping telah kehabisan tenaga untuk berbuat apa2 pon...Walaupun baby x boleh survive..ahkak jemah tetap bersyukur kerana baby telah cukup sifatnya..dan doktor mengesahkan ianya baby girl...waktu itu segala apa yang diperkatakan oleh doktor kepada suami..ahkak jemah hanya mampu mendengar dalam keadaan samar2...doktor x galakkan ahkak jemah untuk melihat baby kerana takut ibunya x mampu mengawal perasaan..ahkak jemah redha..

Syg....hari ini...15/12/2014.. Genap sebulan awak pergi tinggalkan ibu & ayah...walaupun ibu x sempat melihatmu,menjagamu..tetapi peluang yang diberikan olehnya mengandungkan kamu amat2 berharga dalam hidup ibu...ibu bersyukur diberi peluang walaupun hanya seketika...ibu akui ibu masih perlukan masa untuk terima semua ini...tetapi ibu redha & ibu perlu kuat demi mu syg...Maafkan ibu kerana tidak dapat menjagamu syg...terima kasih kerana hadir dalam hidup kami walaupun seketika..Ibu bersyukur di atas peluang yang diberikan..semoga ada hikmah yang lebih baik untuk kita sekeluarga...
Nur Jannah...tunggu ibu & ayah di sana , insyaallah satu hari kita pasti akan berjumpa..doakan ibu & ayah di sana syg...kami juga sentiasa mendoakan & mengingantimu di mana jua kami berada...damailah kamu di sana..Insyaallah..kamu anugerah yang tidak ternilai buat kami...
Nur Jannah , Al-Fatihah

2 comments: