‘Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’Lalu Allah swt
berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat
dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu
lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah
aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun
yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’
Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada
Allah untuk melihat syurga Ma’waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari
Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah
berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT
lalu ia berkata dalam sujud:
‘Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ‘
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun
dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya
kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua
rakaat yang mereka kerjakan…. .’
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
* wahai rakan rakan ku yang dikasihi
sekalian, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya
tanpa dikurangkan sedikitpun. insyaAllah…marilah kita bersama2 terus memperbaiki diri kita.
No comments:
Post a Comment