Nuffnang Ads

Tuesday 29 January 2013

Masak-Memasak

Assalamualaikum sume3.. :)

Seronok kan cuti sampai 3 hari??Jumaat ni cuti lagi..hahahha...aq suke3...boleh release tension (xdelah release sangat ;P)
Hari sabtu disebabkan xd keje n sesaje nak menggedik nak try bakat masak memasak ni kan.. (aq xdelah pandai sgt nak masak,seriously adik aq lgi terror masak dari aq,tapi aq rase x slah if aq cube kan??)
Jadinya , dengan perasaan sikit berkobar-kobar , konon2 mcm expert sgt..(hampeh) , aq pon pegi lah membeli barangan untuk barang2 yg aq nak masak (mcm beli banyak sgt kan)...
So untuk menu tengahari kitorng haritu adalah AYAM GORENG KUNYIT (hahahaha,org lain dah expert dah masak sume ni,aq??baru nak try masak,,sila rujuk gambar)....
Alhamdulillah , menjadila jugak..cume lepas ni kene lebihkan kunyit n garam siket sbb adik aq cakap x cukup masin..huhu n paling bersyuko xd sesape pon sakit perot or kes keracunan..hahaha;p

aq xtau orang lain masak mcm mana,betul ke cara aq masak??aq campur dengan kacang panjang..huhuhu..(suke2 aty ubah2 kan)...

BAHAN2 & CARA NAK MASAK -
(korang jgnla ikut style aq masak ni..huhuhu...sakit perot nnti)..

Ayam-ikut berape ramai yg nak makan- orang prefer guna dada ayam n hiris nipis2..
Kacang Panjang @ Buncis pon boleh-potong serong
1/2 sudu kecik kunyit (agak2)
1/2 sudu kecik garam
Bawang Besar-aq suke potong bulat
3 biji cili padi-potong serong
Daun kari-bubuh 2 helai je..xyah bebanyak

* Gaul ayam bersama serbuk kunyit & garam.
* Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan daun kari.
* Goreng hingga wangi dan masukkan ayam, cili padi.
* Goreng sampai  ayam masak dan sedikit garing.
P/S : ni la cara aq masak,betul ke x??uhuhuhuhu

Then utk dinner pulak..aq masak ala2 western gitu..sebab aq n adik aq yg perempuan ni dah lame x makan..so aq buatla..fmly aq x mkn sgt bnde2 ni..heeee
Aq masak Spaghetti Goreng..taraaaa...percaya x??hehehehe

bahan x banyak..sebab bahan kt umah terhad...huhu...

BAHAN & CARA MASAK

Spaghetti ½ paket (jenama ikut suka)
Daging  @ Ayam Cincang (Aq suke jenama RAMLEE)..
3 sudu besar sos spaghetti perasa cendawan jenama Prego
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak: 
  • Rebus spaghetti sehingga kembang.(masuk sikit minyak yer)
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Kemudian masukkan sos spaghetti tadi , kacau rata , biar didih sikit , masukkan sos cili dan ayam cincang,kacau sebentar ,tambah air sikit (Sikit je,jgn lebih,over tau)
  • Selepas itu masukkan  gula, dan garam. Jika sos kering, tambahkan sedikit air lagi. Masak sampai mendidih.
  • Kemudian bolehlah dimasukkan spaghetti.
  • Gaul rata semua bahan sehingga sebati.    
  • p/s ni la cara aq masak....heeeeee
Alhamdulillah jgk la kan..dalam aq x reti masak..jadi la jgk makanan2 ni walopun x sedap...yg penting berani mencuba (ayat nak sedapkan hati,huhu)...

No comments:

Post a Comment