Nuffnang Ads

Tuesday 30 July 2013

SELAMAT HARI PAHLAWAN

Assalamualaikum ~~~~

Hari ni 31 Julai 2013 adalah hari pahlawan Malaysia...makanya...dengan rasa bangga nya..iolsss nak buat ucapan sikit...(cehh..macam orang nak baca...haha)

Selamat Hari Pahlawan kepada mereka2 yang telah bergadai nyawa/berkorban untuk memastikan keselamatan/kesejahteraan negara kita ni...jomlah kita sama2  memperingati jasa-jasa mereka yang telah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara.
 Semestinya kita tak termampu untuk  membalas  pengorbanan dan setiap titik keringat, setiap titisan darah yang telah mengalir kebumi yang tercinta ini. hanya ucapan terima kasih dan juga iringan doa kesejahteraan yang dapat dititipkan buat anda semua. 
Bagi mereka yang telah gugur mempertahankan negara dan juga yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, saya doakan semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para syuhada. 


No comments:

Post a Comment