yeayy horrey..
alhamdulillah & insyaallah..tinggal hari ni & esok je lagi kita boleh makan..insyaallah lusa dah mula berpuasa..excited tau nak sambut ramadhan al-mubarak ni.. :)
alhamdulillah juga...puasa2 ganti juga dah selamat dan selesai dilakukan...lega hati i tau...hehehehe...
ok..memandangkan dahnak bulan puasa ni kan..rasa2 macam nak share dengan anda2 semua...lepas baca kat pak cik google ni..tergerak pulak hati nak sharing maring.. (sharing is caring tau..nampak x bertapa caring iolsss ni kt uolsss,ceh ayat menyampah...T_T..)..nak share ape??yeszaaa..nak share tips2 kekal bertenaga ketika bulan puasa..xkirela kan kita kerja stay dlm ofis/luar ofis etc kan...still berpuasa..(yer dop??)..(aip3..ada yang curi2 x pose ker??hamboiii..babap dye nnti..;p)..walaupun kita berpuasa...kita tetap nak nampak bertenaga kan?? baru la orang2 yang memang x berpose tu bukak mata siket..(heheh)...
Tips2 nya adalah : -(drumrolss pleass..muntah darah+T_T) :-
- Elakkan daripada tinggalkan sahur. - Sabda Rasulullah saw, “Sahurlah kamu, kerana sahur itu terdapat berkat yang besar”. Pilih makanan yang berserat dan berprotein yang tinggi kerana sel-sel tubuh kita memerlukan gizi yang secukupnya untuk kekal bertenaga di waktu siang.
- Jangan menangguh waktu berbuka. - Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang sederhana supaya dapat memberikan semula tenaga pada badan.
- Atur menu makanan. Utamakan 5 unsur gizi yang lengkap iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Ambil makanan yang tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.
- Hindari minuman sejuk dan kandungan gula yang tinggi. Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.
- Makan secara bertahap. Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.
- Lakukan senaman ringan. Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Solat terawih adalah senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.
- Banyak minum air masak antara waktu selepas berbuka sehingga sahur. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari.
- Jangan
terus tidur setelah bersahur.
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku.
* hA....Dapat x tips2 nya??jadi bolehla amalkan ketika bulan puasa..sebenarnya lebih kpd remind diri sendiri je tips ni...sesambil tu bersharing maring dengan semua orang...okies selamat berpuasa..byeeeeee.. :)
good sharing..
ReplyDelete:)
ReplyDeletetqvm