Nuffnang Ads

Tuesday, 16 July 2013

Words of Wednesday - Kelebihan Ibadah Puasa dari segi perspektif kesihatan

Assalamualaikum...hai B2B semua..macam mana hari korang??ok x??macam mana puasa??oke ke tidak??persiapan raya??haaa...yg ni meh iols yg jawab...haruslah ok kan..silap2 ada yang dah siap beli baju & kuih raya..hehehehe...tettttt..post hari ni bukan nak story pasal raya2 ni..tapi iols nak menjawab soalan dari seorang kawan chinese iolss...yang bertanyakan mengenai puasa.."katanya..kenapa uols puasa anis"?? , 
nanti u jatuh sakit sebab x makan & minum,sapa susah??
...haaaaa...jadinya hari ni iols nak menjawab serba sikit..iolss tau dye ada baca blog iolss..tpi malu2 nak story dgn iolss..hahaha...okey xpe...iolss tetap nak post kat sini jugak..sekurang2nya blh tambah ilmu kita sendiri jugakkan...uols doa2kan agar pintu hati kawan iols ni terbukak yer.. :)..sebab nampak ciri2 dye berminat dgn agama kita.. :)
..info ni iolss baca,fahami & dapat dari http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2013/07/09/kelebihan-ibadah-puasa-dari-perspektif-kesihatan/..

so...ini antara kelebihan berpuasa bagi orang islam dari segi perspektif kesihatan.... :)

Puasa adalah menahan diri daripada beberapa hal iaitu merupakan satu bentuk disiplin yang perlu kita ikuti sepanjang bulan ramadhan. 
Dari aspek kesihatan, menahan diri daripada makan dan minum di waktu siang mungkin di anggap menyisakan diri dan membawa mudharat bagi orang yang tidak faham lantas mendakwa islam sebagai satu agama yang zalim pada penganutnya. 
Pandangan ini mungkin betul jika kita selaku umat islam sendiri gagal mengikuti sunnah dan kaedah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Saw. Selain diwajibkan kita berpuasa di siang hari, islam juga mensyariatkan ibadah sahur.
Sahur bukan makan semata-mata tetapi juga merupakan satu amal ibadah dan ada keberkatan di dalamnya. Dengan bersahur, badan akan lebih bertenaga untuk mengharungi ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Jika ibada puasa ini dijalankan sepertimana dianjurkan, ia tidak akan mendatangkan kemudharatan sebaliknya memberikan kesihatan dari beberapa sudut.
 Antaranya:

1. Menjaga kesihatan jantung
Sepertimana yang kita sedia maklum masalah jantung berkait rapat dengan kolestrol. Kolestrol pula berkait rapat dengan cara pemakanan kita. Kita makan tanpa henti kecuali dalam bulan ramadhan. Bayangkanlah selama 11 bulan kita mengumpul kolestrol dengan pelbagai jenis makanan yang kita makan setiap hari. Jadi di bulan ramadhan, kita dapat mengurangkan pengambilan kolestrol dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.


2. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
Kita biasanya minum pagi dengan teh tarik, tengah hari teh o ais, petang milo ais, malam kopi tarik. Semua yang kita minum menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. Dengan berpuasa, kita dapat mengurangkan pengambilan gula seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit kencing manis.


3. Kesihatan mental
Apabila sebut sahaja bulan Ramadhan, ramai yang tahu adab-adab dan larangan yang perlu dipatuhi. Kita juga dilarang menyakiti hati orang lain. Jadi bulan puasa menjadikan kita lebih bersabar dan mengurang “stress”. Selain itu, dengan berpuasa akan menyempitkan salur darah yang menyebabkan syaitan sukar untuk masuk ke dalam tubuh badan manusia.


4. Mengurangkan berat badan
Dengan adab dan disiplin yang dianjurkan islam, berat badan akan dapat dikurangkan. Ianya dapat dicapai melalui pengurangan jumlah makanan yang di ambil. Ditambah dengan amalan bersederhana dalam menyediakan juadah berbuka.



* if you x faham..u boleh wassap i anytime..i akan explain dkt u okey dear.. :)...sekian...tutup tirai..babai

5 comments:

  1. stiap apa y Allah perintahkan pasti ada kebaikkan utk kita =)

    salam ramadhan... singgh n follow sini =) salam kenal ^^

    ReplyDelete
  2. ya betul
    salam ramadhan & salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
  3. Nice sharing dear.. syukur alhamdulillah dalam Islam ditekankan konsep berpuasa ni.. jadi secara tak langsung sambil menjalankan kewajiban sbg Umat Islam, bolehlah kita jaga kesihatan juga kan =)

    ReplyDelete
  4. tqvm ieqa..alhamdulillah..sekurang2 sye nak org bukan islam tau puasa ni bukan mendera diri kita.. :)..
    jaga kesihatan amat2 penting

    ReplyDelete